Hot FM

Peguam Muhyiddin pertikai dakwaan pertemuan bincang Jana Wibawa


Muhyiddin Yassin
Bekas PM Muhyiddin Yassin berdepan 7 tuduhan berkaitan program Jana Wibawa, inisiatif kerajaan ketika wabak Covid-19 untuk bantu kontraktor Bumiputera. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:

Peguam mewakili bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin mempertikaikan keterangan seorang ahli perniagaan berhubung pertemuan bersama pegawai Muhyiddin pada 2020 bagi membincangkan program Jana Wibawa.

Amer Hamzah Arshad merujuk pernyataan saksi Pengarah Urusan KCJ Engineering Sdn Bhd Azman Yusoff yang mendakwa timbalan setiausaha sulit Muhyiddin, Asmar Asmadi Abdullah Sani, menunjukkan senarai 10 projek Jana Wibawa yang diluluskan kerajaan.

Azman berkata, pertemuan di Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Parlimen itu berlangsung beberapa hari selepas perjumpaan peribadi bersama Muhyiddin di Tropicana Golf Club Damansara pada pertengahan Julai 2020.

Beliau mendakwa, Muhyiddin memberitahunya mengenai Jana Wibawa semasa pertemuan itu dan mengarahkannya berjumpa dengan Asmar untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber: