
KUALA LUMPUR: Peguam Negara menolak representasi editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown yang meminta pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan fitnah jenayah dikemukakan terhadapnya.
Peguamnya, Guok Ngek Seng, berkata dia menerima surat berhubung perkara itu lewat bulan lalu.
“Saya akan membuat satu lagi representasi dalam masa terdekat,” katanya kepada FMT selepas sebutan kes anak guamnya di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Catherine Nicholas.
Pada September 2021, Rewcastle Brown didakwa secara absentia kerana memfitnah Sultanah Nur Zahirah Terengganu dalam sebuah buku yang dikeluarkan di Malaysia lima tahun lalu.
Bulan berikutnya, Rewcastle Brown memohon agar kes itu dipindahkan dari Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur, dan kemudian…