
KUALA LUMPUR: Bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Zeti Akhtar Aziz memberitahu bank pusat itu telah menggesa peguam negara mendakwa pegawai 1MDB, namun tiada tindakan diambil.
Beliau ketika memberi keterangan dalam perbicaraan 1MDB Najib Razak, berkata pada mulanya BNM tidak mengetahui pergerakan dana kepada entiti tidak berkait 1MDB, tetapi susulan maklumat diterima, BNM menyiasat dan menghantar kertas siasatan kepada peguam negara ketika itu, Apandi Ali.
Zeti berkata, BNM mencadangkan kepada peguam negara mengenakan tuduhan terhadap pegawai kanan 1MDB mengikut Akta Kawalan Pertukaran Wang kerana mengemukakan maklumat palsu kepada bank pusat dalam permohonan kebenaran membuat pembayaran di luar negara.
“Walaupun bukti terlalu banyak dikumpul dan direkod BNM dalam kertas siasatan, Jabatan Peguam Negara…