
PETALING JAYA: Representasi bekas menteri besar Perlis, Azlan Man, supaya lima tuduhan tuntutan palsu dan lima tuduhan menerima hasil aktiviti haram dihadapinya dikaji ditolak peguam negara.
Timbalan Pendakwa Raya Noralis Mat Rasyidah Azmi Kalai memaklumkan perkara itu dalam prosiding sebutan semula bagi mengetahui keputusan representasi dihantar Azlan, pada 9 Nov tahun lalu.
“Prosiding hari ini untuk memaklumkan keputusan representasi…bagi pengetahuan mahkamah representasi itu sudah diterima ditaklimatkan kepada Jabatan Peguam Negara.
“Namun demikian, representasi itu ditolak,” katanya menurut Berita Harian.
Noralis berkata, mahkamah sebelum ini sudah menetapkan tarikh perbicaraan yang bermula pada 18 Julai dan beberapa tarikh pada Ogos.
Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi sehubungan itu menetapkan…
