

Seorang peguam mewakili individu didakwa undang Negeri Sembilan mempertikaikan dakwaan Menteri Besar Ismail Lasim dipaksa menandatangani dokumen proklamasi untuk menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Khairul Azam Abdul Aziz mendakwa kenyataan Ismail bahawa dokumen itu telah beliau tandatangani secara paksaan adalah satu pemikiran terkemudian (afterthought), lapor Harian Metro.
“Tiada keadaan yang berlaku pada malam itu yang mendorong ke arah elemen paksaan kepada menteri besar Negeri Sembilan untuk membuat keputusan,” katanya lapor Harian Metro.
Khairul berkata Ismail hadir ke tempat di mana dokumen itu ditandatangani bersama peguam, Abu Bakar Isa Ramat, dan diberi penerangan oleh individu-individu didakwa undang mengenai…