
SHAH ALAM: Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu mengakui kesilapannya memilih calon sehingga mereka mengkhianati parti termasuk Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid.
Faizal atau dikenali Peja, berkata sebagai ketua bersatu Perak, beliau ada “suara” menentukan calon Bersatu mewakili Perikatan Nasional (PN) di negeri itu termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
Menurutnya, beliau meyakinkan Presiden Muhyiddin Yassin bahawa Iskandar boleh membawa kemenangan dan memilihnya atas dasar kepercayaan.
“Saya jadikan beliau calon dan (akhirnya) telah memungkiri taat setia kepada parti.
“Namun saya ajak dia khianati parti tidak sama sekali,” katanya pada penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di IDCC.
“Saya mengaku ada buat kesilapan (memilih calon pilihan raya untuk Bersatu).”
Pada 12 Okt, Iskandar menjadi…