
PETALING JAYA: Ahmad Faizal Azumu memberi bayangan tidak akan mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang atas ‘alasan’ mahu memberi perhatian terhadap Parlimen Tambun, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Beliau yang juga timbalan presiden Bersatu menang di Chenderiang hanya dengan majoriti tipis, 39 undi, dalam pertembungan tiga penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN) dan PAS, pada PRU14.
“Itu (bertanding DUN Chenderiang) belum kita (Perikatan Nasional) putuskan lagi, tetapi saya fikir secara peribadinya saya ingin menumpukan perhatian kepada Parlimen Tambun.
“Bukan kerana Anwar (pengerusi Pakatan Harapan) ingin bertanding di Tambun, tetapi saya fikir eloklah kita beri peluang kepada pemimpin lain untuk ditonjolkan (di Chenderiang) memandangkan saya sudah pun mempunyai pengalaman sebagai Ahli DUN…