Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pejabat KM nafi Ab Rauf tandatangan dokumen bubar DUN Melaka

today15 September 2026

Background


Melaka state assembly bernama pic 13226
Penggal DUN Melaka akan berakhir Disember ini. (Gambar Bernama)
MELAKA:

Pejabat Ketua Menteri Melaka menafikan dakwaan bahawa Ab Rauf Yusoh telah menandatangani dokumen pembubaran DUN di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Ali Rustam hari ini.

Ketua Komunikasi Media Pejabat Ketua Menteri Melaka Norhafizah Sati berkata, mesej yang tular menerusi WhatsApp berkenaan perkara itu adalah tidak sahih dan meminta masyarakat serta pengamal media supaya tidak mempercayainya.

“(Saya) selaku Ketua Komunikasi Media setakat hari ini tidak dimaklumkan sebarang perjumpaan (antara ketua menteri dengan Yang Dipertua Negeri Melaka). Apa-apa kenyataan Pejabat Ketua Menteri akan maklumkan segera.

“Segala yang tular, tidak sahih sama sekali. Mohon sahabat-sahabat media tidak mempercayai sebarang informasi yang tular tanpa pengesahan Pejabat Ketua Menteri Melaka,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, tular satu mesej mendakwa Ab Rauf telah menandatangani dokumen pembubaran DUN Melaka bersama-sama…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post