

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan ia tidak akan mengambil sebarang tindakan pewartaan atau apa-apa tindakan pelaksanaan terhadap proklamasi berkaitan kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar.
Terdahulu, Menteri Besar Ismail Lasim memberitahu pemberita bahawa setiausaha kerajaan negeri diminta meneruskan proses mewartakan proklamasi itu mengikut peraturan sedia ada.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan berkata ia telah merujuk kepada penasihat undang-undang negeri bagi memastikan apa jua tindakan yang perlu diambil akan dilaksanakan mengikut undang-undang semasa dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri (UUTKNS).
Ia juga menarik perhatian kepada kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC), hari…