Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pejuang tak berhasrat jadi orang tengah PAS-Bersatu

today9 July 2026

Background


pas bersatu logo
Pada 8 Jun lalu, PAS putuskan kerjasama dengan Bersatu, namun kedua-duanya kekal dalam PN.
TANGKAK:

Pejuang tidak berhasrat menjadi orang tengah bagi menyatukan semula hubungan antara PAS dan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN), kata presidennya, Mukhriz Mahathir.

Bagaimanapun, beliau berharap hubungan antara kedua-dua parti itu dapat dirapatkan semula demi mengukuhkan PN, terutama dalam menghadapi persaingan politik akan datang.

Mukhriz berkata, sejak Pejuang menyertai PN sebagai parti komponen, pihaknya tidak berdepan sebarang masalah dengan mana-mana parti dalam gabungan itu walaupun PAS dan Bersatu menghentikan kerjasama politik.

“Baru-baru ini Muhyiddin Yassin sendiri turun ke Gambir, dan saya juga bersama PAS di Simpang Jeram. Itu bukti kami tidak ada masalah dengan kedua-dua pihak.

“Jadi, apakah peranan kami untuk menjadi orang tengah? Saya kira mungkin tidak. Tetapi kita harap hubungan mereka dapat dirapatkan,” katanya kepada FMT ketika ditemui semasa membantu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faiz Zainudin


Previous post