Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pekebun durian wanita didenda RM80,000 ceroboh tanah di Raub

today22 June 2026

Background


Pekebun wanita Yong Lai Kien mengaku salah di Mahkamah Sesyen Raub atas tuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran di Sungai Pertang, Mukim Gali di Pahang, dua tahun lalu. (Gambar fail)
PETALING JAYA:

Seorang pekebun wanita didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Raub selepas mengaku salah atas tuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran di Sungai Pertang, Mukim Gali di Pahang, dua tahun lalu.

Yong Lai Kien, 48, membuat pengakuan tersebut selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Zaihan Mohamad Ali, lapor Sinar Harian.

Mahkamah juga mengarahkan Yong dihukum penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Berdasarkan fakta kes, Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) yang menjalankan Ops Sekat Musang King pada 9 Ogos 2024 lalu, mendapati wanita itu menduduki tanah kerajaan negeri tanpa kebenaran pihak berkuasa negeri.

Dalam serbuan di kawasan Sungai Pertang, Mukim Gali itu mendapati terdapat sebuah rumah kebun serta kawasan tanaman pokok durian yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Salah cipta sejarah

Vancouver: Mohamed Salah sekali lagi membuktikan statusnya sebagai ikon bola sepak Mesir apabila menjaringkan satu gol dan mencipta satu lagi jaringan ketika membantu negaranya mencatat kemenangan pertama dalam sejarah penyertaan Piala Dunia.

today22 June 2026