Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pekebun rugi lebih RM100,000 terpedaya pelaburan kripto

today18 August 2024

Background


Scammer-Hacker
Timbalan Ketua Polis Pahang Noor Hisam Nordin berkata mangsa melakukan 27 transaksi ke dalam 20 akaun berbeza dalam tempoh tiga hari kerana percaya dengan pelaburan itu sebelum menyedari dia tertipu.

KUANTAN: Seorang pekebun kerugian RM117,289 selepas terpedaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud yang ditawarkan menerusi aplikasi Telegram.

Timbalan Ketua Polis Pahang Noor Hisam Nordin berkata wanita berusia 36 tahun itu berminat menyertai pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan sebelum mendaftar dalam sistem yang diberikan suspek, baru-baru ini.

Beliau berkata mangsa mula melabur RM110 dan menerima pulangan RM145 sebelum melakukan 27 transaksi ke dalam 20 akaun berbeza kerana percaya dengan pelaburan itu.

“Dalam tempoh tiga hari daripada tarikh pelaburan, duit simpanan mangsa telah lesap. Selepas menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan.

Noor Hisam menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya terhadap individu tidak dikenali…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post