Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pekebun rugi lebih RM132,000, ditipu kerja sambilan di TikTok

today10 November 2023

Background


Polis berkata mangsa ditawarkan kerja sambilan untuk tugasan ‘like’, ‘follow’, dan komen di TikTok bagi mendapatkan wang.

Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata mangsa membuat beberapa pemindahan wang berjumlah RM132,515 kepada suspek sebelum menyedari ditipu.

KUANTAN: Seorang pekebun mengalami kerugian berjumlah RM132,515 selepas diperdaya tawaran kerja sambilan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata pada mulanya, lelaki berusia 27 tahun itu ditawarkan bayaran sebanyak RM15 bagi tugasan “like”, “follow”, dan komen ke setiap akaun pengguna aplikasi TikTok yang diberikan kepadanya menerusi WhatsApp pada Selasa lepas.

“Mangsa melakukan tugasan yang diberikan sebelum menyertai satu kumpulan Telegram dan mendapat bayaran sebanyak RM45. Mangsa kemudiannya diminta membuat pembayaran sebanyak RM200 oleh pentadbir kumpulan aplikasi itu sebelum diberikan tugasan seterusnya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata selepas membuat pembayaran dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post