
PUTRAJAYA: Kerajaan tidak lagi membenarkan kemasukan pekerja asing bagi sektor formal dari kuota aktif, mulai 1 Jun.
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata baki kuota penggajian pekerja asing yang masih aktif dan dibayar levi, tetapi belum diterbitkan visa dengan rujukan (visa with reference atau VDR) hujung bulan ini, akan dibatalkan dengan bayaran levi kuota dikembalikan kepada majikan.
“Tarikh akhir kemasukan pekerja asing sektor formal baharu dengan VDR adalah 31 Mei,” katanya pada sidang media.
Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin mengumumkan kerajaan membuat penambahbaikan yang signifikan pada dasar dan proses pemulangan levi berkuatkuasa hari ini.
Katanya, majikan kini boleh menuntut pulangan balik bayaran levi pekerja asing selepas tempoh enam bulan sah laku Surat Kelulusan Bersyarat, dengan keseluruhan baki kuota pekerja…