
PETALING JAYA: Tiga ditahan selepas seorang pekerja cuci kereta maut, manakala seorang pengawal keselamatan parah dengan kesan tetakan di lokasi berbeza di Bedong, Sungai Petani, semalam.
Ketua Polis Kuala Muda, Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, anggotanya dari pondok polis Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) menerima panggilan daripada pegawai perubatan Zon Merah Jabatan Kecemasan pada 2.20 pagi memaklumkan kes dua lelaki dengan kesan kecederaan akibat ditetak.
Katanya, siasatan awal mendapati berlaku dua kejadian yang bermula di sebuah tapak kosong di simpang ke Kampung Toh Pawang membabitkan pengawal keselamatan sedang bertugas yang ditemani seorang rakannya dipercayai diserang lima lelaki bersenjatakan parang.
Beliau berkata, mangsa parah di dada dan kedua-dua tangan, manakala rakan mangsa sempat melarikan diri dari tempat kejadian.
Menurutnya,…