
ALOR SETAR: Cuti hujung minggu di Kedah bermula semalam dan kedai-kedai 4D di Jalan Stesen, iaitu jalan utama di sini, terus dibuka, mengambil pertaruhan untuk cabutan hari ini dan esok.
Namun, tiada suasana cuti kerana para pekerja kedai 4D sekadar menghitung hari setelah kerajaan negeri memutuskan untuk tidak memperbaharui lesen operasi cawangan mereka.
Para pekerja di kebanyakan kedai-kedai ini terdiri daripada warga emas.
Apabila ditanya pendapat mengenai penutupan yang bakal berlaku, salah seorangnya, Ah Tiang, 60, berkata: “Apa yang boleh kami buat? Ini ‘negara Islam’. Kami tak boleh kata apa-apa, kan?”
Beliau sudah bekerja selama lima tahun dengan gaji minimum, meraih RM1,200 sebulan. Katanya, para pekerja akan dimajukan ke barisan pengurusan jika prestasi mereka baik, dan ini membolehkan mereka meraih dua kali ganda jumlah itu sebagai kerani kanan.
Ah Tiang, yang tidak berkahwin, menunggang motosikal kapcai ke…