

Seorang pekerja kilang didakwa di Mahkamah Majistret Alor Setar di Kedah atas tuduhan membunuh ibu kandungnya di sebuah rumah di Taman Sultan Abdul Halim, Tanjung Bendahara, pada 2 Feb lalu.
Amirul Shafiq Shamshul Zahari, 29, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Eliana Ismail, lapor Sinar Harian.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, Amirul didakwa membunuh eksekutif bank, Zahrullail Basir, 52, di sebuah rumah di Taman Sultan Abdul Halim, antara 3.15 pagi hingga 8 pagi pada 2 Feb lalu.
Dia dakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali jika tidak…