Polis berkata susulan laporan mangsa polis menahan seorang lelaki disyaki ahli sindiket Macau scam.

BALIK PULAU: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dengan sindiket Macau Scam sehingga menyebabkan seorang pekerja kilang kerugian RM432,725 baru-baru ini.
Menurut kenyataan di Facebook IPD Barat Daya, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya semalam, hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan.
“Berdasarkan laporan yang diterima, mangsa seorang wanita berusia 57 tahun menerima panggilan telefon (daripada seorang lelaki) yang mendakwa daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memaklumkan dia mempunyai cukai tertunggak, namun mangsa menafikannya.
“Talian itu kemudiannya disambungkan kononnya kepada seorang pegawai polis sebelum dimaklumkan mangsa mempunyai rekod jenayah berkaitan pengedaran dadah dan…