Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pekerja ladang warga India terlepas tali gantung

today5 October 2022

Background



Warga India, S Rajendran pada mulanya dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Temerloh tahun lalu selepas didapati bersalah membunuh P Ramunaidu, seorang buruh di ladang pada 2018. (Gambar Reuters)

PUTRAJAYA: Seorang pekerja ladang warga India terlepas tali gantung setelah Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman mati kerana membunuh rakan sekerja pada 2018 kepada hukuman penjara 14 tahun selepas mengaku bersalah atas dakwaan membunuh tanpa niat.

Ini berikutan selepas pihak pendakwaan menerima representasi S Rajendran, 55, untuk meminda pertuduhan membunuh kepada membunuh tanpa niat.

Panel tiga hakim terdiri daripada hakim Kamaludin Md Said, Nordin Hassan dan Hashim Hamzah memerintahkan Rajendran memulakan hukuman penjara mulai tarikh tangkapan pada 17 April, 2018.

Rajendran pada mulanya dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Temerloh tahun lalu selepas didapati bersalah membunuh P Ramunaidu, seorang buruh di ladang kelapa sawit, berhampiran sebuah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post