Hot FM

Pekerja maut terkena renjatan elektrik ketika baiki lampu sekolah


Anggota bomba mengeluarkan mangsa sebelum mayat lelaki itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. (Gambar JBPM)
KOTA KINABALU:

Seorang pekerja kontraktor maut selepas terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja pemasangan dan pembaikan lampu di kawasan pagar sebuah sekolah di Batu 1, Kudat, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, mangsa lelaki warga Filipina berusia 56 tahun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.

Menurut kenyataan itu, bilik kawalan Balai Bomba Penyelamat Kudat menerima panggilan daripada orang awam pada 8.31 pagi dan sepasukan sembilan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba menghubungi pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk mendapatkan bantuan memutuskan bekalan elektrik bagi memastikan keselamatan pasukan penyelamat sebelum kerja mengeluarkan mangsa dijalankan,” menurut kenyataan itu.

JBPM memaklumkan,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version