Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pekerja muda tak minat protes, utama cari rezeki, kata Amira

today1 May 2025

Background


Pemangku Presiden Muda Amira Aisya Abdul Aziz berkata cabaran yang dihadapi pekerja generasi baharu ini berbeza dengan generasi terdahulu.
PETALING JAYA:

Majoriti golongan pekerja muda hari ini tidak berminat menyertai kesatuan sekerja atau turun ke jalan raya meluahkan rasa tidak puas hati kerana keutamaan mereka adalah menangani isu sara hidup, kata Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya Abdul Aziz.

Bercakap dalam forum Hari Pekerja hari ini, Amira berkata naluri generasi muda kini lebih cenderung meneruskan kehidupan berbanding memperjuangkan hak mereka seperti generasi terdahulu.

“Kita perlu akui bahawa cabaran yang dihadapi golongan muda hari ini berbeza dengan generasi terdahulu. Mereka terbeban dengan hutang pendidikan dan kenaikan kos sara hidup.

“Mereka perlu fikir soal rezeki untuk keluarga dahulu. Itu keutamaan mereka. Sukar untuk mereka fikirkan soal lain,” katanya dalam forum yang bertajuk ‘Sejarah, Hak dan Tanggungjawab Pekerja dalam Demokrasi’.

Adun Puteri…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faisal Asyraf


Previous post