Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pekerja sektor kesihatan rugi lebih RM1.2 juta akibat pelaburan tak wujud

today9 April 2025

Background


hacker scammer
Polis berkata, mangsa yang dijanjikan pulangan 500% hingga 800% daripada modal dilaburkan, membuat beberapa transaksi wang ke tujuh akaun bank berbeza.

KEPALA BATAS: Seorang petugas sektor kesihatan mengalami kerugian lebih RM1.2 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian tidak wujud, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Seberang Perai Utara, Anuar Abdul Rahman, berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersial menerima aduan mangsa berusia 58 tahun itu Jumaat lalu.

Menurutnya, mangsa mendakwa terperdaya pelaburan dalam talian selepas melihat iklan pelaburan itu di Facebook pada 10 pagi 20 Dis lalu.

“Mangsa yang berminat menyertai pakej pelaburan ditawarkan itu membuat beberapa transaksi wang ke tujuh akaun bank berbeza, yang dijanjikan pulangan 500% hingga 800% daripada modal dilaburkan,” katanya dalam kenyataan.

Namun, beliau berkata, sehingga kini mangsa belum menerima sebarang pulangan pelaburan sebelum membuat laporan polis.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Inter tewaskan Bayern 2-1

Munich: Davide Frattesi menjadi wira Inter Milan apabila menjaringkan gol pada minit ke-88 untuk memberi kemenangan 2-1 ke atas Bayern Munich dalam suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) pertama mereka di Allianz Arena, awal pagi tadi.

today9 April 2025