
PETALING JAYA: Tengku Zafrul Aziz berkata pelaburan diluluskan adalah petunjuk keyakinan pelabur kepada prospek ekonomi negara.
Menteri pelaburan, perdagangan dan industri berkata jika pelaburan diluluskan lebih tinggi, maka kebarangkalian untuk lebih banyak pelaburan direalisasikan juga lebih mudah.
“Sesuatu pelaburan itu akan memakan masa panjang untuk hasilkan keuntungan, oleh itu, sekiranya pelabur tak yakin dengan prospek ekonomi negara kita, mereka tidak akan berani melabur,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau mengulas pertikaian bahawa prestasi pelaburan perlu diukur menerusi aliran masuk bersih pelaburan asing atau “net FDI flow” dan bukan berdasarkan pelaburan diluluskan.
Sebelum ini Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata angka RM329.5 bilion adalah jumlah pelaburan diluluskan tertinggi dalam…
