Hot FM

Pelaburan tak wujud, 2 pesara rugi RM5.4 juta


hacker scammer
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan, berkata kedua-dua mangsa terpedaya dengan iklan di media sosial selepas dijanjikan pulangan lumayan melalui pelaburan.

PETALING JAYA: Dua warga emas kerugian RM5.4 juta dalam dua kes penipuan pelaburan diiklankan dalam Facebook, kata Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan.

Dalam kes pertama, warga emas berusia 77 tahun itu kerugian RM3.2 juta menerusi 15 transaksi ke tiga akaun berbeza pada Januari lalu.

Katanya, mangsa kononnya dijanjikan keuntungan RM22 juta dalam satu aplikasi pelaburan, namun pesara itu mula sangsi.

“Mangsa sedar telah diperdaya apabila mendapati dokumen pelaburan diberikan adalah palsu.

“Modus operandi digunakan suspek adalah dengan memperdaya mangsa melalui iklan pelaburan di aplikasi media sosial Facebook,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, seorang lagi pesara berusia 70 tahun kehilangan RM2.21 juta selepas terpedaya pelaburan mata wang kripto tidak wujud, selepas berkenalan dengan seorang lelaki di…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version