Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pelaburan tak wujud, pengarah syarikat rugi hampir RM350,000

today18 September 2023

Background


Mangsa membuat laporan polis sebaik menyedari wang dilaburkan tidak mendapat pulangan, kata Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri. (Gambar AFP)

PETALING JAYA: Seorang pengarah syarikat kerugian RM348,673 akibat menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud menggunakan aplikasi “OSL” yang ditawarkan kenalan laman media sosialnya.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata lelaki berusia 58 tahun itu membuat laporan sebaik menyedari wang dilaburkan tidak mendapat pulangan.

Beliau berkata, pengadu berkenalan dengan seorang wanita secara maya menerusi Facebook pada 27 Julai lalu yang memperdayakannya membuat pelaburan menerusi aplikasi dikenali sebagai OSL.

“Bagi tempoh 12 Ogos hingga 26 Ogos 2023, pengadu telah memasukkan dana sebanyak lapan kali ke dalam tujuh akaun bank yang berlainan berjumlah RM348,673.

“Setelah beberapa hari, pengadu mendapati akaun pelaburan OSL pengadu telah memperolehi keuntungan sebanyak RM1.06 juta (RM1,060,085.41),” katanya menurut…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post