Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pelajar 14 tahun dakwa guru rakam gambar alat sulit

today8 November 2022

Background



Polis Daerah Klang Selatan membuka siasatan ke atas laporan seorang pelajar mendakwa seorang guru merakam gambar dia baring di lantai tanpa seluar. (Gambar Freepik)

PETALING JAYA: Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun membuat laporan polis mendakwa seorang guru merakam gambar alat sulitnya dan mengugut akan memuat naik gambar itu ke internet.

Mangsa dalam laporan polisnya berkata, guru lelaki itu mengheretnya ke bilik stor selepas dia menendang guru berkenaan ketika bermain futsal.

Katanya, guru itu menutup pintu, sebelum mengarahkannya menanggalkan seluar dan berbaring di lantai. Guru berkenaan kemudiannya menggunakan telefon untuk merakam gambar alat sulit mangsa, menurut laporan itu.

Pelajar itu juga mendakwa guru tersebut menyerangnya dengan menggenggam kolar baju dan menekan badannya ke dinding.

FMT difahamkan polis daerah Klang Selatan sudah membuka siasatan ke atas laporan itu.

Peguam, V Vemal Arasan yang mewakili keluarga pelajar itu berkata,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post