Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pelajar 14 tahun hilang di asrama ditemui selamat

today9 December 2023

Background


Ketua Polis Cheras Zam Halim Jamaluddin mengesahkan pelajar tersebut sudah ditemui dan berada dalam keadaan selamat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang ketika berada di asrama sebuah sekolah di Cheras pada malam Khamis lalu ditemui selamat di sebuah masjid di Bandar Tun Razak malam tadi.

Menurut laporan Harian Metro, berita penemuan remaja itu Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi disahkan oleh ibunya Nurul Shuhada Jamaludin.

Nurul Shuhada, 38, berkata anaknya ditemui orang awam dalam keadaan lemah dan berseorangan di masjid itu pada jam 10.40 malam.

“Dia sudah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk menerima rawatan. Kami belum tahu lagi apa yang berlaku terhadapnya memandangkan Daniel dalam keadaan trauma dan masih belum bercakap.

“Terima kasih atas doa semua orang yang membantu mencari Daniel sehingga dia ditemui,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Cheras Zam Halim Jamaluddin mengesahkan kepada Harian Metro…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Jojo hanya perlukan 36 saat tumbangkan Tabares

Kuala Lumpur: Jaguh remaja muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar membuktikan dirinya sememangnya berhak berada dalam pentas ONE Championship selepas menjadikan juara Muay Thai Antarabangsa WBC, Edgar Tabares sebagai mangsa terbaharunya apabila hanya memerlukan 0.36 saat (s) untuk mencatat kemenangan sebentar tadi.

today9 December 2023