Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pelajar Bangladesh didakwa miliki, hasil bahan pornografi kanak-kanak

today22 September 2022

Background



Pelajar itu didakwa atas lapan tuduhan menghasilkan pornografi dan empat tuduhan memiliki 740 gambar pornografi kanak-kanak. (Gambar Reuters)

SEREMBAN: Seorang pelajar perubatan warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret atas 12 tuduhan memiliki dan menghasilkan bahan pornografi kanak-kanak.

Zobaidul Amin, 24, pelajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur ditangkap polis di sebuah rumah di Seremban pada Isnin lalu dalam satu siasatan bersama Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat.

Pelajar itu didakwa atas lapan tuduhan menghasilkan pornografi kanak-kanak dalam bentuk video dan gambar menerusi aplikasi Snapchat.

Tuduhan itu mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum penjara tidak lebih 30 tahun dan enam sebatan.

Dia juga didakwa dengan empat tuduhan memiliki 740 gambar pornografi kanak-kanak di dalam telefon bimbit, pemacu USB dan cakera keras.

Bagi kesalahan itu, diaΒ  dituduh mengikut…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Zeanaaima Mohd Yusof


Previous post