Hot FM

Pelajar bidas UM tutup forum kebebasan bersuara



Pihak berkuasa Universiti Malaya menutup sebuah forum mengenai kebebasan bersuara, kata kesatuan mahasiswa.

PETALING JAYA: Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya membidas pihak berkuasa universiti itu kerana menutup sebuah forum mengenai kebebasan bersuara.

Pentadbiran bertindak tidak profesional dengan menutup sistem PA bagi mengelakkan speaker jemputan, Wong Yan Ke, daripada berucap, selain mengeluarkan ugutan dan menyuraikan hadirin, kata kesatuan itu.

“Ini melampau dan tidak perlu. Kebebasan akademik perlu didukung setiap masa.

“Pentadbiran universiti tiada hak untuk menentukan siapa yang boleh atau tidak boleh menjadi speaker dan hanya perlu mengambil tindakan terhadap speaker jika ucapan mereka tidak sesuai atau bertentangan undang-undang,” katanya dalam kenyataan.

Wong menjadi perhatian umum apabila beliau membawa plakad bantahan yang menuntut peletakan jawatan naib canselor ke atas pentas, ketika Konvokesyen UM ke-59.

Kesatuan pelajar itu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version