Pelajar berusia 15 tahun itu dilaporkan tidak sedarkan diri semasa melakukan aktiviti larian di sekolah.

KUANTAN: Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun di Pekan, mengalami kelesuan haba selepas tidak sedarkan diri semasa melakukan aktiviti larian sejauh empat kilometer hari ini.
Pengarah Kesihatan Pahang Dr Nor Azimi Yunus berkata pelajar itu dirujuk oleh Hospital Pekan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan kini dilaporkan semakin stabil.
“Pemeriksaan awal di Hospital Pekan mendapati pesakit mengalami simptom seperti suhu badan terlampau tinggi iaitu melebihi 39 darjah Celsius, degupan jantung meningkat serta percakapan dan fungsi otak terjejas.
“Pesakit diberi rawatan hidrasi dan rawatan sokongan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HTAA,” katanya dalam satu…
