Muhammad Syahril Saidi berkata resepi kejayaannya ialah menumpukan sepenuh perhatian ketika mengikuti pelajaran di sekolah.

BACHOK: Remaja berusia 18 tahun Muhammad Syahril Saidi tidak menyangka dapat meraih keputusan cemerlang 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memandangkan beliau sentiasa sibuk menguruskan ibunya yang terlantar sakit saraf sejak empat tahun lalu.
Dinobatkan pelajar terbaik Sekolah Menengah Ugama (SMU) Darul Iman, Beris Lalang, anak bongsu daripada enam beradik itu percaya sedikit sebanyak asbab kejayaan tersebut adalah kerana beliau mengutamakan ibunya, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53.
“Kebiasaannya rutin harian saya, saya akan memandikan ibu sebelum ke sekolah, selain akan melakukan tugas yang sama apabila pulang dari sekolah.
“Saya tidak menyangka dalam kesibukan menguruskan ibu…
