
KUALA LUMPUR: Pelajar tahun lima yang mengalami serangan haba susulan didakwa didenda guru berdiri dalam cuaca panas lebih dua jam kini dinilai sebagai orang kurang upaya (OKU) oleh Hospital Ampang, kata jurucakap keluarga.
Pada sidang media, S Dayalan berkata doktor hospital berkenaan memaklumkan ibu bapa bahawa anak mereka tidak dapat kembali ke sekolah kerana ‘keadaan saraf’ dialami akibat serangan haba.
“Ibu bapa kena isi borang disediakan pihak hospital untuk anak mereka untuk disahkan sebagai OKU, dan esok mereka akan mengadakan janji temu dengan doktor untuk menandatangani surat itu,” katanya.
“Mereka akan membawa surat itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan kad OKU.”
Dayalan juga menyuarakan kekecewaan terhadap guru besar sekolah kerana mengeluarkan surat…