Site icon Hot FM

Pelajar Korea Selatan Dilarang Dengar Lagu ‘APT’ Sebab Kononnya Mudah Buat Hilang Fokus


Menurut laporan media Koreaboo, hal ini kerana APT disifatkan sebagai lagu yang terlalu menarik untuk didengar sekali gus dapat menganggu fokus pelajar.

Melodi dan konsep lagu APT yang ceria sehingga menjadi tular didakwa membuat para pelajar kehilangan fokus saat mendengarnya.

“APT telah dicap sebagai salah satu lagu yang sukar dilupakan. Para pelajar dan penggemar tidak boleh mengelak mendengar lagu tersebut kerana berasa ia mempunyai tarikan yang sangat melampau sehingga seperti ketagih,”
katanya.

Selain APT, terdapat beberapa lagu lain yang juga dilarang dengar oleh pelajar terutama maha siswa termasuk Next Level milik Aespa, Zimzalabim milik Red Velvet, dan Ring Ding Dong milik SHINee.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version