Hot FM

Pelajar mati di asrama, polis tahan 13 penghuni


Polis menjalankan siasatan berhubung kes pelajar berusia 17 tahun yang ditemui mati di asrama sebuah kolej vokasional di Lahad Datu, Sabah. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Polis menahan 13 pelajar lelaki selepas seorang lagi pelajar ditemui mati di bilik asrama sebuah kolej vokasional di Lahad Datu, Sabah pagi tadi.

Ketua Polis Lahad Datu Rohan Shah Ahmad berkata pelajar lelaki berusia 17 tahun itu ditemukan dalam keadaan terbaring di atas lantai dengan kesan kecederaan serta lebam di beberapa bahagian badan, lapor Bernama.

Rohan berkata, pengarah kolej berkenaan membuat laporan selepas menemui pelajar lelaki itu dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik asrama pada 6.50 pagi.

Katanya, pegawai perubatan yang memberikan rawatan kecemasan kemudiannya mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Tambahnya, polis percaya kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan suspek yang juga penghuni asrama berkenaan.

Susulan kejadian itu, polis menahan 13 pelajar…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version