Hot FM

Pelajar maut di asrama dipukul senior guna getah paip


Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad berkata polis setakat ini telah mengambil keterangan 51 pelajar, empat guru dan lima warden bagi membantu siasatan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Seorang pelajar Tingkatan Dua dipercayai dipukul dengan getah paip dan tangan oleh pelajar senior sebelum mangsa tidak sedarkan diri dalam kejadian di sebuah asrama sekolah di Kuala Pilah pada 25 Sept lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad berkata, pada hari kejadian mangsa baru selesai solat Maghrib di surau sebelum dipanggil seorang pelajar senior biliknya.

Katanya, mangsa juga diarahkan mengambil getah paip dari bilik air sebelum dibawa masuk ke bilik senior tersebut.

“Di dalam bilik tersebut, mangsa dipercayai dipukul oleh suspek menggunakan getah paip. Mangsa dipukul beberapa kali pada bahagian tapak kaki menggunakan getah paip.

“Mangsa kemudian diarahkan berdiri dan membuka baju sebelum dipukul menggunakan tangan pada bahagian depan dan belakang badan sehingga rebah,”…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version