

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) memulakan siasatan dalaman secara menyeluruh tragedi seorang pelajar perempuan yang dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari bangunan di sebuah sekolah, hari ini.
Jabatan itu berkata kes berkenaan kini dalam siasatan pihak polis dan pihaknya memberikan kerjasama penuh untuk membantu siasatan berkenaan.
“Jabatan juga telah memulakan proses siasatan dalaman bagi meneliti setiap perkara berkaitan,” katanya dalam kenyataan.
Tambahnya, fokus utama jabatan ketika ini adalah untuk memastikan kebajikan dan bantuan terbaik disalurkan segera kepada keluarga terbabit.
“Sokongan psikososial turut disediakan kepada seluruh warga sekolah yang terkesan dengan kejadian ini,” katanya.
Dalam kejadian 10.48 pagi itu, mangsa yang berusia 16 tahun dilaporkan…