Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pelajar meninggal dunia selepas tamat rentas desa 6km

today27 February 2025

Background


Wan Azharuddin Wan Ismail
Ketua Polis Kuala Muda Wan Azharuddin Wan Ismail berkata bapa mangsa memaklumkan anaknya tidak menghidap sebarang penyakit dan aktif bersukan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pelajar sekolah menengah di Sungai Petani, Kedah meninggal dunia selepas menamatkan acara merentas desa.

Muhammad Haziq Uzayr Hairuddin, 16, dipercayai rebah selepas menamatkan acara merentas desa 6km.

Ketua Polis Kuala Muda, Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata pelajar tingkatan lima itu tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri, sebaik tiba di garisan penamat di padang sekolahnya selepas menyertai acara merentas desa peringkat sekolah bersama pelajar lain.

“Ketika itu, guru bertugas bersama beberapa pelajar yang juga ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) membawanya ke khemah berhampiran dan memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa.

“Bagaimanapun, pelajar itu tidak memberikan sebarang tindak balas ketika bantuan kecemasan dilakukan,” katanya menurut Berita Harian.

Menurutnya, guru terbabit…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post