Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pelajar MRSM dibuli alami kecederaan tisu lembut

today11 December 2021

Background



Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid berkata bapa mangsa telah membuat satu laporan polis di Selangor berhubung kejadian menimpa anak lelakinya. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pelajar lelaki tingkatan satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar yang menjadi mangsa buli rakan setingkatan dilaporkan sedang dirawat di sebuah hospital di Selangor.

Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa telah mengalami kecederaan ‘soft tissue’ atau kecederaan tisu lembut dalam badan dan kini dalam keadaan stabil.

“Keadaannya ok dan stabil namun dia masih dirawat di hospital untuk pemantauan doktor,” katanya menurut laporan Utusan Online.

Dalam pada itu, Mior berkata bapa mangsa telah membuat satu laporan polis di Selangor berhubung kejadian menimpa anak lelakinya.

“Kita telah pun mengambil keterangan mangsa bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya.

Terdahulu Mior memberitahu, suspek kes buli…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post