
GEORGE TOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan kaunseling kepada 14 pelajar lelaki golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di asrama sebuah sekolah menengah di Kepala Batas, Seberang Perai, yang menjadi mangsa cabul baru-baru ini.
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata sesi kaunseling bagi mangsa yang merupakan pelajar berkeperluan khas itu amat penting.
“Selain kaunselor di sekolah menengah pendidikan khas itu, kami di KPM turut menyediakan kaunselor luar bagi memberikan bimbingan kepada mangsa terlibat.
“Mangsa masih di asrama dan sekarang ini mereka diberi perhatian yang rapi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis anugerah kecemerlangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan St Xavier.
Lim berkata suspek berumur 13 tahun yang juga OKU itu digantung sekolah dan berada di rumah pada masa ini.
“Soal kes berkenaan biar pihak polis yang membuat siasatan, namun…