Hot FM

Pelajar, pengajar Hindu IPTA dibenar PdP dalam talian sempena Deepavali


Kementerian Pendidikan Tinggi berkata pelaksanaan ini adalah bertujuan untuk memudahkan urusan pelajar dan pengajar beragama Hindu untuk meraikan sambutan Deepavali bersama keluarga.

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersetuju memberikan kemudahan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau hibrid kepada pelajar dan pengajar beragama Hindu di seluruh institusi pendidikan tinggi awam sempena perayaan Deepavali.

Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya memutuskan untuk memberi kemudahan tersebut bermula 28 hingga 1 Nov ini selepas perbincangan diadakan bersama jabatan terlibat.

“Pelaksanaan ini adalah bertujuan untuk memudahkan urusan pelajar dan pengajar beragama Hindu untuk meraikan sambutan Deepavali bersama keluarga masing-masing,” katanya.

Menurutnya, institusi pendidikan tinggi awam yang terlibat termasuklah universiti awam, politeknik dan kolej komuniti.

Deepavali yang juga dikenali sebagai festival cahaya disambut pada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version