
PETALING JAYA: Seorang pelajar tahfiz ditemukan lemas selepas dilaporkan hilang ketika mandi bersama tiga rakannya di Dataran Banggol Chempedak, Kuala Terengganu petang tadi.
Mayat Ahmad Mujahid Al-Faruqi Haimi, 15, ditemui anggota bomba pada 9.10 malam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar, berkata mayat ditemui tersangkut pada pukat di dasar sungai kira-kira 30 meter dari tebing dengan kedalaman lima meter.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan sebaik menerima maklumat kejadian jam 6 petang.
“Ia melibatkan 13 anggota Bomba dan Penyelamat termasuk lima anggota PPDA, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) serta penduduk kampung.
“Mayat mangsa yang berjaya ditemui kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur…
