Hot FM

Pelajar tingkatan 1 dan rakan ditahan curi tabung surau



Polis turut merampas sebuah motosikal Yamaha Lagenda bernombor pendaftaran palsu yang dipercayai digunakan suspek ketika kejadian.

PETALING JAYA: Seorang pelajar tingkatan satu dan rakannya ditahan polis semalam kerana mencuri tabung di sebuah surau di Taman Keramat Permai, Ampang Jaya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu disedari seorang jemaah surau berusia 68 tahun selepas melihat tabung itu tertanggal dari kedudukan asal di ruangan solat wanita pada 6 pagi 28 Julai lalu.

Katanya, jumlah kerugian sebanyak RM30 dan jemaah surau itu kemudiannya membuat laporan polis.

Susulan itu, sepasukan polis menahan dua lelaki berusia 13 dan 21 tahun di tepi Jalan 6/10, Tasek Tambahan pada 10.10 malam tadi.

“Suspek pertama masih bersekolah di Seri Kembangan, Selangor, manakala seorang lagi suspek tidak bekerja,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, polis merampas sebuah motosikal Yamaha Lagenda…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version