Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pelajar tingkatan 2 dilapor hilang rupanya sembunyi di surau

today29 August 2024

Background


qayzikri
Pelajar berkenaan ditemukan dalam keadaan baik dengan keluarganya dipanggil polis untuk dirakam percakapan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pelajar lelaki tingkatan dua dilaporkan hilang dari sebuah sekolah di Sikamat sejak tengah hari Rabu telah dijumpai di kedai gunting rambut di Taman Widuri, Senawang, Seremban.

Ketua Polis Seremban Mohamad Hatta Che Din, berkata pelajar dikenali Qayzikri Hazimi berusia 14 tahun itu ditemui dalam keadaan baik dan selamat pada hari sama.

“Pelajar berkenaan telah bersembunyi di sebuah surau di kawasan berhampiran sebelum dijumpai oleh ahli keluarga terdekat di kedai gunting rambut kawasan Senawang.

“Pelajar itu bersama keluarganya dipanggil ke Pejabat Siasatan Jenayah IPD Seremban untuk dirakam percakapan. Terima kasih atas kerjasama orang awam dalam kes ini,” katanya menurut Bernama.

Media sebelum ini melaporkan pelajar itu telah melarikan diri dari sebuah sekolah dengan berpakaian sukan sekolah.

Pihak sekolah telah cuba mencari di kawasan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post