PETALING JAYA: Timbalan Ketua Menteri Sabah Shahelmey Yahya menyifatkan pelajar yang mengambil bahagian dalam protes berhubung masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai ‘tidak matang’ selepas enggan menyerahkan memorandum kepadanya.
Sekumpulan kira-kira 80 penunjuk perasaan itu bertegas hendak menyerahkan dokumen itu kepada Ketua Menteri Hajiji Noor, dan enggan berganjak sehingga mereka dapat berbuat demikian.
Shahelmey menegaskan, kerajaan Sabah terbuka menerima cadangan dan memorandum. Katanya, beliau diwakilkan untuk menerima memorandum pelajar-pelajar itu.
“Penunjuk perasaan enggan menyerahkannya kepada saya kerana mereka hanya mahu menyerahkannya kepada ketua menteri. (Hajiji) tiada di Menara Kinabalu, tetapi beliau memaklumkan kepada saya, beliau sedia menerima memorandum tersebut dengan janji temu boleh…