Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pelajar UUM maut dihimpit bas

today20 April 2025

Background


pelajar uum maut
Dua bas terlibat dalam kemalangan di UUM pagi tadi, mengakibatkan seorang pelajar semester empat maut. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

Seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua bas dekat Jalan Persiaran Perdana, UUM, pagi tadi.

Manarina Hasya Muhamad Karim, 22, yang cedera pada bahagian badan disahkan meninggal dunia selepas hampir 10 jam dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, lapor Bernama.

Ketua Polis Kubang Pasu Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, kejadian kira-kira 8.45 pagi itu berlaku apabila pemandu bas berusia 37 tahun sedang berhenti di depan perhentian bas untuk mengambil penumpang.

Bas itu kemudian dilanggar dari arah belakang oleh sebuah lagi bas dipandu lelaki berusia 32 tahun, katanya.

“Impak pelanggaran itu menyebabkan bas yang berada di hadapan menggelongsor ke hadapan dan melanggar besi penghadang jalan sebelum terus menghimpit mangsa yang ketika itu sedang berjalan kaki menunggu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post