
Polis mengambil keterangan dua pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan di hadapan perhentian bas Jalan Persiaran Perdana Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, yang mengorbankan seorang mahasiswa semalam.
Ketua Polis Kubang Pasu, Radzi Abdul Rahim, berkata lelaki berusia 37 tahun yang memandu bas di bahagian depan diambil keterangan semalam manakala seorang pemandu bas berusia 32 tahun yang disyaki menyebabkan kemalangan itu ditahan kira-kira 4.30 petang tadi.
“Lelaki itu kemudiannya dilepaskan selepas selesai memberi keterangan dan hasil saringan urin juga adalah negatif.
“Pemandu berkenaan memberi kerjasama yang baik dan hanya memaklumkan dia tidak sedar bahawa bas di hadapan telah berhenti,” menurut kenyataan.
Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan lebam pada jantung yang berpunca daripada hentakan…