Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Pelakon Dilarang Bercinta Di Set, Michael Ang Beri Amaran – “Puih! Aku Ajar Berlakon, Bukan Suruh Buat Betul-Betul”

today10 February 2023

Background

Pengarah dan penerbit, Michael Ang memberi amaran mana-mana artis yang mahu terlibat dan berlakon dalam drama arahannya diwajibkan untuk menandatangani kontrak perjanjian mengatakan mereka tidak boleh menjalin hubungan cinta.

Ia selepas Michael kerap menerima panggilan telefon dari pihak media yang bertanyakan tentang hal tersebut apatah lagi ada yang memberitahu ia cuma sekadar bentuk pemasaran.

Perkara itu dikongsi Michael menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya pada Khamis.

“Okay mulai hari ini, siapa-siapa pelakon lelaki atau perempuan dalam set sayakena sign kontrak yang mereka takkan bercinta kat set. 

“Stress nak melayan reporter call lepastu, cakap nak buat marketing la apa la… Yang bercinta, berscandal tu mereka, bukan aku!

“Stress! Shut down je lah hari ini. Suruh berlakon bukan bercinta!,” tulisnya.

Sementara itu, dia juga memaklumkan bahawa bukan salah penerbit jika pelakon yang terlibat bercinta di set penggambaran, kerana  tugasnya hanyalah mengajar para pelakon untuk membawakan watak dengan baik.

“Salam semua, bukan salah saya kalau pelakon bercinta kat set. Saya hanya ajar berlakon bukan suruh buat betul-betul. Phui!,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut penerbit popular ini bersetuju dengan pendapat yang diberikan, malah ada juga diantara mereka yang sempat berseloroh dengan mengatakan, mereka tidak pernah terlibat dalam isu tersebut dan meminta untuk Michael memanggil mereka berlakon dibawah arahannya.

 

Written by: Salma