Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pelaksanaan e-invois, caruman KWSP pekerja asing akan dikaji

today8 July 2026

Background


Jemaah Menteri setuju laksana kajian ke atas pelaksanaan e-invois dan caruman KWSP melibatkan pekerja bukan warganegara semula susulan permintaan, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.
JOHOR BAHRU:

Jemaah Menteri bersetuju untuk melaksanakan kajian semula ke atas pelaksanaan e-invois dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melibatkan pekerja bukan warganegara.

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini.

Beliau berkata kajian itu menangguhkan pelaksanaan dua perkara berkenaan yang disifatkan membebankan golongan peniaga dan majikan.

“Permintaan terhadap dua perkara ini diusulkan Barisan Nasional sendiri dan terima kasih perdana menteri dan kerajaan perpaduan serta Jemaah Menteri yang memberi sokongan dan dukungan terhadap saranan diutarakan,” katanya ketika berucap pada majlis bersama masyarakat Iskandar Puteri.

Zahid berkata keputusan ini amat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post