Hot FM

Pelan hala tuju robotik mampu kurang kebergantungan buruh asing, kata PM



Kerajaan menyasarkan kepadatan robot meningkat daripada 55 unit bagi setiap 10,000 pekerja pada 2019 kepada 195 unit bagi setiap 10,000 pekerja pada 2030. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Pelan Hala Tuju Robotik Negara (NRR) akan dibangunkan dalam usaha mengarusperdanakan penggunaan teknologi robotik, seterusnya meningkatkan produktiviti negara, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, pelan itu dijangka mampu mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga buruh asing dan meminimumkan pengaliran mata wang ke luar negara.

Di bawah pelan berkenaan, kerajaan menyasarkan kepadatan robot meningkat daripada 55 unit bagi setiap 10,000 pekerja pada 2019 kepada 195 unit bagi setiap 10,000 pekerja pada 2030, katanya dalam kenyataan di sini.

Ismail berkata, pelan itu antara keputusan dicapai dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) yang kali pertama diadakan tahun ini.

Selain pelan berkenaan, beliau…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version