Pelan itu dibentangkan dalam satu perbincangan antara KKD dengan agensinya susulan dialog awam bersama pemain industri, kata Fahmi Fadzil.

KUALA LUMPUR: Pelan tindakan fasa pertama bagi menyelesaikan isu yang membelenggu pemain industri kreatif tempatan akan bermula seawal suku ketiga tahun ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, semua permasalahan itu akan diselesaikan mengikut fasa, menerusi pelan tindakan yang telah dibentangkan dalam satu perbincangan antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersama agensinya.
Fahmi berkata, perbincangan tersebut adalah untuk menganalisis dapatan daripada empat sesi dialog awam bersama pemain industri muzik, persembahan, industri kreatif dan filem, yang telah diadakan sebelum ini.
“Enam bulan pertama, saya ingin pastikan suara pemain…